Tujuan keagamaan Kuih_bakul

Bagi para penganut ajaran Tao, kuih ini merupakan makanan utama yang digunakan untuk upacara sembahyang (Jie Sie Siang Ang), 6 hari sebelum tahun baharu. Kuih manisan yang melekit ini dipersembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ianya akan 'memaniskan serta melekitkan mulut' semasa Dewa Dapur bakal pergi ke syurga untuk memberi laporan tahunan kepada Maha Dewa Syurga (玉皇大帝)(Yu Huang Da Di) atau "Thnee Kong" (天公/thiⁿ-kong) dan dengan ini akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi laporan yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut. Sebagai makanan yang dipersembahkan kepada dewa bagi upacara agama, biasanya ia hanya dimakan selepas Cap Goh Meh.